Quantcast
Channel: Melinblossom
Viewing all 226 articles
Browse latest View live

Laksam

$
0
0

Assalamualaikum. Oleh kerana cuaca sangat panas 2-3 minggu lepas, kebanyakan pokok pisang mati. Ada yang berbuah tapi tak membesar dengan baik. Pokok kunyit dan cekur pun hampir mati kekeringan. Alhamdulillah hujan dalam minggu ni, ada yang renyai dan ada juga yang lebat. Moga elok kembalilah keadaan semua tanaman.

Menjamu laksam tengahari tadi. Sebelum ni buat mesti fail tang laksamnya. Nak gulung patah sana sini. Bila dah buat banyak kali ni dah tahu punca/sebabnya jadi begitu. Laksam tu tak dikukus dengan lama, jadi tak cukup masak. Itu yang takleh gulung cantik tu. uhuu


Resepi laksamnya sama saja dengan yang laksam sebelum ni. Cuma kali ni kuahnya mel letak lengkuas dan serai. Dan sambal cilinya mel tak letak belacan. InsyaAllah akan buat lagi setelah jumpa ikan segar. Kelmarin pergi pasar, rupa ikan macam minta jangan beli je..Kejung!! hahaha

Kuah Laksam
Resepi: AN

Bahan bahan : ( untuk 4-5 orang makan)
5 ekor Ikan saiz sederhana ( pilihan kami ikan selayang, tenggiri atau kembong)
1/2 kg santan

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia - mel letak 1'
lengkuas
- mel letak 1' 
lada hitam- mel letak 2 sb
1 batang serai - titik (mel tambah) 
garam dan gula
3-4 asam keping

Cara memasak:

1. Mula mula rebus ikan dengan asam keping dan sedikit garam.
2. kisarkan isi ikan dengan santan. Dah hancur, masukkan bawang dan halia.
3. Asam keping yang diguna tadi, jangan buang tau, guna yang sama untuk masak kuah nanti. Masukkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam periuk berserta bawang halia tadi. Masukkan juga lada hitam yang telah dipecah pecahkan.
4. Kalau lkorang tak suka kuahnya berwarna gelap, ada petua yang saya terbaca yang menyuruh kisarkan lada hitam bersama dengan isi ikan.. terpulanglah
5. Semasa didihkan kuah ni, masukkan juga lengkuas dan serai yang diketuk ke dalam periuk. Ini tujuannya untuk hilangkan bau hanyir ikan. Kalau takada lengkuas, alternatifnya ialah batang serai....
6. Dah mendidih tu, korang rasalah, tambah garam, gula, air atau asam ikut kesukaan rasa anda. Dah masak tu sila keluarkan lengkuas ye.. Jangan biarkan terendam terus dalam periuk...

Kompos

$
0
0
Assalamualaikum. Alhamdulillah hujan lebat malam tadi. Hari ini pun redup saja. Moga berakhirlah musim panas ni. Kasihan lihat tanaman semua kekeringan. Kebanyakannya mati.

Itu hari hubby ada ambil kompos satu lori. Pekerja hantar dan dihumbannya depan rumah. Nanti kalau ada tetamu datang, pejam mata je la ye tengok halaman rumah mel ni..uhuu.. Ambil dari kilang sawit berhampiran. Bila kompos di rumah dah habis, memang akan berganti yang baru. Rumah ni tak pernah guna baja. Dengan penggunaan kompos ni, semua pokok membesar dengan baik walaupun kurang disiram.

Semalam baru berkesempatan nak menabur kompos ni. Harapnya gemuk2la buah dan segala tanaman lepas ni. Sedikit kebaikan kompos:
1. Melembapkan tanah - kalau jenis tak rajin siram, memang bagus guna ni
2. Nutrien yang banyak

Dulu ada buat batas, pastu ratakan kompos atasnya. Bila tanam sawi, semuanya membesar dengan subur. Sampai banyak sangat tak tahu buat apa, last2 suh pembantu rumah bawa balik bagi orang. Lepas tu tanam labu, pun hidup dengan baik. Bila lama dah tak ambil kompos, batas tu tanam pokok mangga dan cili saja.

Syukur alhamdulillah

Air Asam Belimbing Buluh

$
0
0

Assalamualaikum. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un, dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Semoga semua keluarga mangsa MH370 diberi ketabahan melalui kehidupan mendatang. Yang baik belum tentu baik, yang tidak baik belum tentu tidak baik. Bagi kita yang beriman, berpeganglah pada apa jua yang Allah beri, itulah yang terbaik untuk kita. Moga tragedi menjadi pengajaran buat semua, sesungguhnya Allah Maha Besar. Al Fatihah

Kita yang masih bernafas ini, teruskan kehidupan, baiki diri ke arah lebih baik. Ok, beralih pada hidangan pula. Rumah mel terlampau banyak belimbing buluh berbuah, jadi semua hidangan kalau boleh nak masukkan. Sampai jatuh2 ke tanah terlampau masak. Kali ni letak dalam air asam. Digandingkan dengan ikan siakap bakar dan ulaman. Terangkattt habislah! Memang sedap.. Alhamdulillah

Air Asam Belimbing Buluh
Resepi: mel

Bahan2:-
*7 bj cili padi
*1 bj cili merah
*1 bj bawang merah
*1 ulas bawang putih
*Asam jawa sebesar ibu jari - buang biji
*1 bj belimbing buluh
*Garam, gula
Air suam secukupnya

Kaedah:-
1. Kisar semua bahan bertanda (*).
2. Alihkan pada mangkuk hidangan. Masukkan air suam. Gaul rata
3. Hidang

Udang Masak CIli Padi Belimbing Buluh

$
0
0
Assalamualaikum. Internet dah berhari2 tiada. Ini ada pun tak stabil. Entri taip laju2.. Perut berkeroncong. Kelaparan dek kerana portion sarapan pagi tadi sedikit. Jadi nak ke dapur masak hidangan tengahari. Nampaknya entri bulan ni berkaitan dengan belimbing buluh sahaja. Banyak tak terhabis kat pokok nun. Hidangan yang masak minggu lepas, dijamu dengan ikan masin sepat. Yummmmm.. bertambah nasi!

Udang Masak Cili Padi Belimbing Buluh 

Bahan-bahan:-
 1 mangkuk udang 

*10 bj cili padi
*3 bj bawang merah
*1 in kunyit hidup

1 batang serai - ketuk
5 bj belimbing buluh - belah 2
1/2 helai daun kunyit - hiris
100ml santan kotak

100ml air
Garam, minyak

Kaedah:
1. Tumis bahan bertumbuk (*) dan serai dalam sedikit minyak hingga kekuningan
2. Masukkan udang dan sedikit santan. Biarkan udang sebati dengan bahan tumisan
3. Masukkan air dan lebihan santan. Kacau.
4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam.
5. Masukkan belimbing buluh dan daun kunyit. Kacau

6. Hidang bersama nasi panas

Jeruk Belimbing Buluh

$
0
0
 
Assalamualaikum. Bersua kembali. Suam-suam kuku dah tulis entri sebulan dua ni. Ikut mood cuaca gamaknya. uhuu.. InsyaAllah rancak kembali lepas ni.

Ini ada satu lagi resepi untuk belimbing buluh. Mel buat bukan untuk diratah tapi letak dalam masakan. Memang macam2 hidangan mel letak jeruk ni. Sedap!! Resepi rujuk satu blog ni tapi mel tak ikut sangat, pandai2 sendiri je. Nak buat tak leceh pun sebab saat masak hidangan utama, boleh sipi2 rebus kejap, dah didih, letak atas meja bawah kipas angin. Bila petang masuk dalam esbok. Senang! Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. InsyaAllah hidangan yang letak jeruk ni akan menyusul kemudian.

*Jangan bosan pula ya mel update pasal belimbing buluh je. uhuu


Jeruk Belimbing Buluh

Bahan :
1 kg belimbing buluh
1 kg gula pasir
1 sb air kapur
Air bersih - rendam secukupnya
1 liter air bersih - merebus.
1 senduk makan garam


Cara:
1. Bersihkan belimbing buluh. Rendam dengan air kapur dan garam semalaman. 
2. Cuci kembali belimbing buluh dan toskan.
3. Masukkan gula pasir dan air ke dalam periuk. Rebus hingga gula larut dan air mendidih. Matikan api.
4. Masukkn belimbing buluh dan biarkannya sejuk. Mel letak bawah kipas. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas simpanan dan simpan di dalam peti ais.
5. Esoknya, asingkan belimbing buluh dengan jusnya. Rebus kembali jusnya hingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan belimbing buluh. Dan masukkan ke dalam peti ais. Mel buat 4kali (4 hari) merebus, baru mel guna letak dalam masakan.

Selamat mencuba

Sambal Sotong dengan Belimbing Buluh

$
0
0

Assalamualaikum.

Nampak gayanya sudah masuk minggu ketiga line celcom bermasalah di sini. Ke semua tempat pun bermasalah? uhuu.. Bila internet tidak boleh dilayari dengan kelajuan max, maka berehatlah laptop mel 2-3 minggu ni.. Kalau ada pun, pagi je online..

Resepi sambal sotong pula. Kalau tengok bahan memang senang sangat nak buat. Yang penting letak jeruk belimbing buluh. Sangatlah sedap! Alhamdulillah. Mel jadi suka sebab mudah dan insyaAllah menjadi kegemaran. Rasanya pedas2 manis. Belimbing yang dijeruk tu pun manis. Mel sengaja letak belimbing yang tak dijeruk sebab suka rasa masam bila makan dengan nasi. Macam makan sayur gitu. Resepi pes cili akan menyusul kemudian ya. Selamat mencuba!

Sambal Sotong dengan Belimbing Buluh
Resepi: mel

Bahan:-

1 mangkuk sotong - hiris badan jangan sampai putus
2 sb pes cili (Resepi kemudian)
1 tangkai daun kari
5 bj cili padi – ketuk
2 sb air jeruk belimbing buluh + 3 bj belimbing buluh (dijeruk)

Minyak, garam
3-4 bj belimbing buluh - jika suka


Cara:
1. Sotong dibersihkan dan digoreng 1/2 masak dalam sedikit minyak. Angkat dan toskan. Gunakan minyak yang sama, tinggalkan sedikit untuk tumisan.
2. Masukkan pes cili, daun kari dan cili padi. Tumis sebentar sahaja.
3. Masukkan sotong. Kacau rata
4. Masukkan air jeruk dan belimbingnya serta garam. Perasakan manis, masin dan pedasnya
5. Sebelum diangkat, boleh masukkan belimbing buluh biasa.
6. Hidang

Tips | Bau Badan

$
0
0

Pernah tak jumpa orang yang badan berbau? Selalu bukan? Bilamana pergi ke pasar2 atau ke ruangan yang sesak dengan orang. Kalau dalam train atau bus lagilah sesak hidung..uhuu

Ada tak rakan yang badan berbau? 
Pernah dulu masa di uni, ada sorang kawan ni mengadu tentang rakannya yang badan berbau, tak suka duduk bersamanya. Juga persoalan tak mandi, tak pakai perfume memang menjadi tanda tanya.

Pada aku bukan tak boleh mengadu pada orang lain, tapi sebagai rakan apa tindakan kita? Hanya mengutuk di belakang? Dah tegur atau berusaha untuk membaiki keadaan ke belum?

Sebab aku ada pengalaman masa sekolah menengah. Perempuan yang agak berisi orang. Baik tapi tiada siapa mahu berkawan dengannya. Aku tak tegur takut dia malu tapi masa birthday dia, aku bagi deodorant. Lepas tu dia bagitau dia tak tahu pun badan dia berbau. Gembira dia bila dapat tahu, yela boleh perbaiki diri. Alhamdulillah awal tahun ni, kahwin dah dia ^^

Kebiasaannya orang yang badan berbau ni, dia tak sedar bau badan dia kurang disenangi.
Kita pun orang normal ni, cer jawab 'Bagaimana bau badan anda?'
Tak boleh jawab bukan? hehe

Ini ada satu tips.
Belah dua 1biji limau kasturi dan bila nak mandi, sapulah pada ketiak anda.
Biarkan 1-2 minit dan mandi seperti biasa.

Kalau rasa bau badan kuat, bolehlah amalkan setiap hari
Tapi tak tahulah kalau tak berkesan kat orang lain

Aku cuba pun sebab tengok limau dalam peti ais tak berapa segar.
Sekali cuba rasa best pula. Dijadikan amalan especially musim panas sekarang yang kuat berpeluh.
Memang rasa segar sepanjang hari.

Selamat mencuba!




Sambal Belimbing Buluh

$
0
0

Assalamualaikum. Alhamdulillah lagi resepi berkaitan dengan belimbing buluh. Tengahari semalam masak nasi ayam hainan. Tapi mel buat nasi dan ayam sahaja. Makan dengan sambal belimbing buluh ni. Bertambah nasi! Rasa pedas dan manis2 sambalnya.

Nak buat pun sangat mudah. Sambil kemas dapur duk tumis sambal ni. Tapi kunci utama kenalah ada jeruk belimbing buluh tu ya. Oleh kerana sambal ni dah menjadi kegemaran, maka jeruk tu kenalah selalu ada dalam simpanan. uhuu.

Selamat mencuba!

Sambal Belimbing Buluh
Resepi; mel

Bahan:
*7 bj cili padi
*2 bj bawang merah
*1 bj belimbing buluh yang telah dijeruk (*kisar)
1 sb air jeruk dan 2 bj buahnya
Minyak, garam

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar. 
2. Masukkan air jeruk dan buahnya. Tumis sebentar dalam api perlahan
3. Perasakan garam.
4. Setelah pekat, angkat dan hidang


Kacang Tojin Goreng

$
0
0

Assalamualaikum. Hujan lebat di luar rumah. Sejuk bukan main. Kebetulan line internet laju, mel update menu mudah. Sebagai kudapan saat bersantai. Licin dah pun, makan sambil borak2 tak sedar dah habis sebalang. InsyaAllah buat lagi esok lusa  ^^

Kacang Tojin Goreng
Resepi: mel

Bahan2:-
200 g kacang tojin
*2 ulas bawang putih
*2 in halia (*Tumbuk)
1 tangkai daun kari - lurut daun
2 sb tepung beras
2 sb serbuk cili
2 sb serbuk kari
Garam secukupnya
Minyak gorengan
Air rebusan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kacang. Biarkan seketika hingga masak. Matikan api dan toskan kacang.
2. Gaul kacang bersama bahan tumbuk (*). tepung beras, serbuk cili, serbuk kari dan garam. Sebatikan. Masukkan dalam peti ais dan perap dalam 15 - 30 min.
3. Goreng keemasan dalam minyak terendam. Setelah hampir masak, masukkan daun kari. Kacau rata sebelum diangkat. 
4. Angkat. Jika rasa kurang garam, boleh taburkan sedikit garam sebelum dimakan. Hidang 

*Tips: Kacang harus direbus dahulu agar tidak berminyak setelah digoreng. Terima kasih kepada bekas pembantu rumah mel yang bagi tips berguna ni.


Barbequed Chicken

$
0
0
Assalamualaikum. Semalam cuti am di btu ni. Jadi agak sesak saat membeli belah barang dapur. Ada juga tempat2 yang buat jualan murah. Tapi takde la murah mana pun. Bolehlah cuci2 mata sikit tengok baju seluar. Sudahnya stokin saja yang dibeli..hihii

Ayam BBQ memang selalu dibuat terutamanya bila masak nasi ayam. Dulu mel pernah up entri ayam BBQ yang sangat digemari. Kali ni cuba resepi lain pula.  Oleh kerana ada lebihan rempahnya, jadi mel panaskan seketika dan masukkan cili padi. Maka ayam ni cicah kuahnya sendiri. Memang sedap!


Berbequed Chicken
Resepi: Chinese

Ingredients (Serves 4-6) :-
1 chicken, 1.5 kg
2 limes - garnish
2 red chilies - garnish

Marinade (Blend) :-
2 stalks lemon grass
1 in ginger
6 garlic cloves
5 shallots
1/2 bunch coriander roots
1 tbsp palm sugar - mel ganti madu
1/2 cup coconut milk
2 tbsp fish sauce
2 tbsp soy sauce
2 tbsp sesame oil, salt - mel tambah

Method:
1. Put the chicken pieces in a dish and pour over the marinade. Leave in a cool place to marinate for at least 4 hours or overnight.
2. Barbequed the chicken over glowing coals, or place on a rack over a baking tray and bake at 200C, 20-30 min or until the chicken is cooked and golden brown. Turn the pieces occasionally and brush with the marinade. (mel bakar atas dapur saja)
3. Garnish with lime wedges and finely red chillies.

Kerabu Daging dengan Belimbing Buluh

$
0
0
Assalamualaikum. Stok daging di rumah dah habis. Minggu lepas siap pesan pada ayah di kampung minta tolong beli daging 3 kg untuk dibawa pulang next week. Cukuplah tu stok sampai ke raya. Itupun kalau raya balik lerr. Kalau tak balik nampak gayanya kena berjimat la daging tu. uhuu

Hubby memang sangat sukakan daging especially daging bakar. Oleh kerana mangga muda tiada, jadi alternatif lain letak belimbing buluh. Sedap ratah. Resepi xde sukat2, main ikut rasa hati dan tangan. Kalau nak cuba pandai2 la adjust sendiri yekk.

Daging Bakar
Resepi: Jamie Oliver 

Bahan:
Daging
Garam
Lada hitam
5 spice powder

Cara:
1. Gaul semua bahan serata.
2. Bakar hingga masak.
3. Biarkan dalam 10 minit sebelum dihiris nipis.

Kerabu Daging dengan Belimbing Buluh
Resepi: mel

Bahan:
Daging bakar
Bawang besar - hiris
Belimbing buluh - hiris
Cili padi - cincang
Sos ikan
Gula
Daun sup

Cara: 
1. Gaul rata semua bahan.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Hidang.

Tutorial | Benang Elastik

$
0
0

Assalamualaikum. Lamaaa dah tak buat entri menjahit. Bukan tak menjahit tapi kamera rosak, jadi nak tangkap gambar agak ke laut moodnya. uhu. Entri ni khas untuk mira. Moga menjadilah ye jahitannya. Maaf la atas kekurangan tunjuk ajar mel yang tak reti nak explain ni. Ini cara mel, lain tangan, lainlah caranya ye. Mungkin ada cara orang lain lagi senang. ^^


Benang elastik untuk benang bawah. Benang biasa (Dolphin) untuk benang atas.

Lengan baju tu biasanya mel lebihkan 1 inci. Ukuran asal 23in, tapi buat 24in. Kalau terlebih boleh potong, kalau terkurang, senteng apo nak buat? Nangis lah jawabnya tak dapat pakai baju.. Sudahnya mau potong sampai 3 suku, kena pakai inner pula. ecehh, macam ada pengalaman je..hihiii

Mel jahit lurus sekali supaya senang nak jahit kedut nanti. Bila dah siap, tak nampak sangat jahitan tu. Lagi bagus, letak pin, dan terus jahit kedut.


Sebelum gulung, kendurkan benang elastik tu. Panjang pun tak mengapa. Lepas tu tarik 1in dan gulung. Gulung pendek2 pun boleh. Ukuran tu ikut tangan mel, biasa tarik 1in memang menjadi elok kedutannya.

Tak tahulah tangan orang lain. Kena try-error.
Gulung benang dan jahit di perca kain, ia jadi atau tidak. Lama2 dah tahu panjang mana kena tarik masa gulung.


Kena la periksa kedutan jadi atau tidak masa mula jahit tu. Kang dah jahit habis tengok2 tak jadi. Letih weii nak kena tetas balik. Rework..buang masa..huhh


Ini kalau nak jahit dua lapis. Kena pegang kain tu. Kalau tak haru biru ha jahitan.

Alhamdulillah, siap! Perbezaan jahitan anta 1 lapis dan dua lapis. Jarak setiap lapisan tu, pandai2 la adjust ye. Semoga membantu ^^

Bowtie Goreng

$
0
0

Assalamualaikum. Menu pasta pula. Beralih sekali sekala dari menjamah nasi. Lagipun nak buat pun mudah sangat. Sambil tumis sos, bolehlah rebus bowtie nya.

Oh ya, cuba periksa logo halal pasta atau produk luar negara anda. Ada tak yang dari Australia? Ada penarikan sijil pengiktirafan oleh Jakim tahun lepas. Alhamdulillah semua stok rumah ni tiada kaitan dengan pembatalan ni. Kalau ada stok maknana dari 2 badan yang dibatalkan ni, nampak gayanya ke buang atau sedekah kat orang lain la. Boleh periksa di web berikut JAKIM

 Selamat mencuba

Bowtie Goreng
Resepi: mel


Bahan (2 orang):
40 keping bowtie – rebus al dente
½ bj bawang besar – hiris
5 bj cili padi – ketuk
1 in halia – hiris panjang
2 tangkai daun selasih – tak perlu lurut
2 ketul ayam
4 sb Lingam's sos cili Thai 

Lobak - dadu
Garam, gula
Minyak tumisan


Hiasan:
1 keping dada ayam – goreng dan carik
Lemon
Daun sup
Bawang goreng 


Cara:
1. Tumis bawang besar, cili padi dan halia bersama hingga kekuningan.
2. Masukkan sos, ayam serta sedikit air. Biarkan ayam masak.
3. Kemudian masukkan bowtie, daun selalasih dan lobak. Kacau rata
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Matikan api. Masukkan dada ayam yang telah dicarik.
6. Hias dengan daun sup dan bawang goring serta lemon sebelum dihidang.

Rendang Cili Bonda

$
0
0

Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Masak apa tengahari? Ada yang istimewa untuk dihidangkan? Atau ada tetamu datang? Lusa nak berjalan jauh, jadi kami berehat saja di rumah hari ini. Alhamdulillah pagi tadi sempat bersenam, berjogging setiap hari 30 minit. Biar tak lama asal konsisten gitu..

Bersenam bukan untuk diet, cuma meregang2 badan, bagi jantung dan badan sihat. Tapi lepas bersenam, minum susu anmum dan sarapan rendang dengan nasi impit pula. Bagus sangatttt la kan? Haha..

Resepi rendang ni memang dibuat setiap kali kenduri di kampung. Buat guna ayam kampung, sebab memang bela belakang rumah. Kalau tahu rumah nak buat kenduri, ada yang tanya 'Ada buat rendang tak?'. Ada juga yang minta resepi. Sampai macam tu sekali. Syukur alhamdulillah.

Resepi asal mak letak cili padi hijau sahaja, tapi mel sayang pula nak perabih cili hijau kat pokok nun. Jadi campur cili padi merah sikit. Pedas menyengat. Mak pesan kalau nak buat mesti letak gula merah jangan tukar gula putih pula. Banyakkan serai, baru sedap. Memang sedaplah mak! Terbaik! Sayang mak ^^

Rendang Cili Bonda
Resepi: mel

Bahan:
200g ayam
1 helai daun kunyit - hiris
1 helai daun limau purut
1 sb gula merah
1 keping asam keping
100ml santan kotak
100ml air
1 sb kerisik
Garam dan minyak tumisan

Bahan kisar:
10 bj cili padi hijau
10 bj cili padi merah
1/2 bawang besar
2 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 in halia
1 in lengkuas
1/2 in kunyit

Cara:
1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng 1/2 masak.Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga kekuningan dan berbau harum.
3. Masukkan ayam. Biar rempah sebati..
4. Kemudian masukkan santan, air dan daun limau purut. Kacau.
5. Setelah mendidih, masukkan asam keping.
6. Bila kuah agak pekat, masukkan kerisik, gula merah, garam dan daun kunyit. Sesuaikan rasa.
7. Pabila menepati kepekatan yang dikehendaki, matikan api. Hidang dengan ketupat atau nasi panas

Apam Balik Mudah

$
0
0

Assalamulaikum. Tekak ni teringin makan apam balik pula. Mana nak cari kan? Nak buat ikut resepi dulu2, ada telur pula. Hubby tak boleh sangat makan telur. Sudahnya letak bahan biasa saja. Alhamdulillah menjadi dan sedap tapi tang kulit tu memang nipis dan lembut. Jadi jagung letak selepas diangkat kalau tak memang bocor. Sedap dimakan panas2. Lipat dua kali, terus masuk mulut..cepat je habis.

Ia tak rasa macam apam balik pun. Macam lempeng kosong cuma ada inti macam apam balik. Cukuplah memenuhi rasa teringin tu kan. hihii

Apam Balik Mudah
Resepi: mel

Bahan kulit:
Tepung gandum
Soda bicarbonate
Baking powder
Garam

Air secukupnya

Inti:
Kacang goreng – kisar kasar
Jagung tin
Gula


Cara:
1. Satukan bahan kulit hingga menjadi pes (kelikatan sama seperti batter pisang goreng)
2. Biarkan 15 min
3. Oleskan 1 senduk batter di pan. Ratakan hingga membentuk bulatan.
3. Bila sudah masak, tabur gula dan kacang.
4. Angkat. Tabur jagung. Barulah lipat dua
5. Hidang.

-mood bercuti-

Colek Pauh

$
0
0

Assalamualaikum. Pagi2 mel tayang menu buat orang teringin. Sorry la ye, kang petang internet superrr lembap, jadi terpaksa update di waktu pagi. Tengok rumah orang ada pokok mangga, jeles benar mel. Meriah dengan buah berjuntai2an. Pandang pokok pun boleh buat kecur air liur. Tapi biasanya kalau rumah sendiri ada pokoknya, tak terjamah pun. Belakang rumah ada dua pokoknya. Baru tanam masa pindah sini, jadi masih baby gitu. Tinggi pun baru paras lutut. Memang lambattt lagi nak berbuah. uhuu

Resepi colek ni nak buat senang, cuma malas atau rajin je. Pelamnya angkut dari tanah Johor gitu. Tak masam. Pelam epal. Ini resepi boleh buka kedai hubby kata. Mel letak sikit saja cili tapi sebab cili pokok belakang rumah ni memang pedas, jadi masa makan memang sedia airrr.. Seharian jamah hidangan ni. Itupun tak habis lagi pelamnya. ehehee

Colek Pauh
Resepi: mel

Bahan:-
*4 bj cili padi - bergantung kepada tahap kepedasan cili
*1 in belacan - bakar/panggang hingga naik bau
*2 sb gula merah
*Asam jawa sebesar ibu jari - buang biji
Kacang goreng (tumbuk kasar) - optional

Cara:
1. Tumbuk semua bahan (*) hingga lumat dan sebati.
2. Hidang bersama mangga atau buah2an lain
3. Jika ingin digaul bersama, boleh taburkan kacang sekali.


Majlis Perkahwinan Adik Ipar

$
0
0

Assalamualaikum. Alhamdulillah tahun 2014 ni dapat dua orang adik ipar. Bulan Jan itu hari kakaknya melangsungkan perkahwinan, 1 Mei pula giliran si adik. Dari bulan Jan hingga ke Mei, tiap2 bulan balik Semenanjung.. Apa boleh buat, banyak sangat urusan.. Cuti panjang hari buruh, habiskan masa di kampung. Pasni cari masa nak honeymoon pula. errr babymoon mungkin.. heheheee

Tahniah diucapkan untuk zira dan mizi. Semoga bahagia hingga ke jannah. Alhamdulillah majlis yang simple tapi meriah dan semuanya berjalan lancar.

Ini adik perempuan hubby yang kedua. Kahwin dengan orang selang dua kampung saja. Setakat ni, semua adik beradik hubby kahwin dengan orang sama negeri. Hubby sorang je jauh mencari orang Johor, bekerja juga paling jauh ke Sarawak ni..

Tinggal sorang lagi adik perempuan hubby. Hat ni la paling bongsu... Moga cepat2 dapat jodoh yang baik2 juga.

Tips | Kalau Aku Kaya

$
0
0

Assalamualaikum. Kewangan anda, terkawal kah? Diurus tadbir dengan baikkah? Cukupkah perbelanjaan setiap bulan?Atau hujung bulan tiada baki langsung? Tahukah anda 25% orang yang datang ke AKPK atas sebab lemahnya pengurusan kewangan? Anda bagaimana?

Catatan perbelanjaan
Setiap bulan, anda catat atau tidak keluar masuk duit anda? Atau main congak2 saja? Segala pendapatan dan pebelanjaan, lihat ke mana wang anda pergi. Senaraikanlah apa yang anda belanja. Kadang2 kita tidak sedar, ada bahagian yang terlebih belanja. Mel memang amalkan mencatat. Dapat gaji saja terus buat akaun baru sebelum apa2 jua transaksi atau pembayaran dilakukan. Jadi ada banyak buku akaun sekarang..senang nak rujuk. uhuu

Doktor Kewangan
      - Nisbah kewangan
      - Nisbah hutang
Nisbah hutang lebih mudah untuk dikira. Lihat saja hutang kereta dan hutang rumah anda. Kalau gaji RM2000, hutang kereta RM600 (30%), hutang rumah RM800 (40%), jadi hutang sahaja dah 70% dari gaji. Bagaimana nak hidup dengan baki 30% lagi? Jadi berhutanglah sepadan dengan gaji anda.

Simbol kekayaan
- Kereta
Mel pernah ditanya 'Suami pakai kereta apa'? Secara tak langsung kita tahu si pengaju soalan adalah jenis orang yang melihat kekayaan berdasarkan kereta. Kebanyakan dari kita berfikiran dengan memakai kereta mahal dan berjenama adalah simbol kekayaan. Punca utama kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu sendiri muflis atas sebab suka tukar kereta. Jauhilah pemikiran sebegini. Jangan ambil loan kereta jika tidak mampu membayar dalam tempoh 5 tahun. Jangan lebih 30% dari gaji untuk pinjaman kereta.

- Makan di luar
Ramai antara kita gemar untuk makan di luar. Bukan tidak boleh tetapi sebaiknya dikurangkan, mungkin dari 4 kali seminggu kepada sekali sahaja makan di luar. Kalau boleh masak sendiri. Ambil keberkatan masak sendiri. Ada juga yang makan di tempat2 mahal semata untuk menunjuk. Kadang2 media sosial juga mempengaruhi. Contohnya orang pamer coconut shake, mee udang ke, cendol ke, semua orang pun nak ke tempat yang sama. Untuk apa? Untuk kepuasan dan didorong oleh nafsu agar orang melihat kita kaya pergi tempat2 begitu walhal tidak mampu. Itu belum dikira kos perjalanan, akhirnya menipiskan poket sahaja. Jika outing sekeluarga sekali sekala tidak mengapa. Kebiasaannya kita makan di luar, di tempat2 yang dimiliki orang bukan Islam, secara tidak langsung kita membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Pelajar.
Kalau ibubapa mampu, elakkan dari terlibat dengan pinjaman PTPTN. Sebaiknya gunalah duit sendiri. Pelajar mahupun yang baru graduasi, elakkan dari membuat loan kereta atau apa2 jua loan. Anda tidak mempunyai kewangan tetap. Biasanya yang baru bekerja, akan didekati oleh institusi yang menawarkan pelbagai insuran atau pinjaman. Bila duit banyak, jadi gelap mata. Tidak sedar dengan buat loan seawal mula bekerja akan merosakkan kedudukan kewangan anda di masa hadapan.

Pelaburan.
- Pelaburan wang
Amalkan BDAD ( Bayar Diri Anda Dahulu). Dapat2 saja gaji terus masukkan ke dalam institusi yang tiada ATM seperti Tabung Haji contohnya. Dalam erti kata lain, kita selamatkan wang kita dulu. Jika anda tiada hutang, invest setinggi mungkin, barangkali 30% dari gaji anda. Lebih senang buat auto debit. Lagi2 kalau punya sikap yang suka berbelanja tak ikut aturan sepatutnya. Duit untuk simpanan tapi dibelanja untuk tempat lain. Laburlah di tempat2 seperti Tabung Haji, Public Mutual, AHB, KPF dan sebagainya.

- Pelaburan emas
Biasa kita dengar, nak beli emas la, nanti saat mendesak boleh pajak. Cuba fikir, kita beli emas dengan harga 1k contohnya. Bila saat mendesak, nak jual balik, dapat tak nilai 1k kembali? Tak dapat bukan? Melabur emas fizikal juga ada, tetapi kebanyakan masyarakat kalau boleh nak ditunjuk juga.


Simpanan
Istiqamahlah dalam menyimpan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Contohnya tiap2 bulan simpan RM400. Bila kerja dah 30 tahun, maka bila umur 55 tahun dah jadi RM144k. Kalau ada bonus/dividen, janganlah dikeluarkan langsung. Biarlah ia bercambah. Ada antara kita bila tengok bonus banyak, nak dibelanja walhal tiada perkara mendesak pun.

Pinjaman
Institusi kewangan gemar membuat tawaran kepada kakitangan awam, sebab potongan gaji melalui ANGKASA. Mereka ini kumpulan yang tidak boleh diberhentikan kerja tetapi berisiko dan banyak muflis. Jangan tinggikan hutang anda. Ada yang overlap pinjaman. Satu pinjaman tak habis bayar, ambil lagi satu pinjaman. Kata orang 'gali lubang, tutup lubang'.

Zakat dan ibu bapa
Keberkatan itu penting. Lunaskan zakat anda. 2.5 % dari gaji anda sahaja. Pemberian kepada ibubapa juga perlu. Berapa perlu diberi kepada ibubapa? Takkan kita nak samakan ibubapa dengan penerima zakat? Sebaiknya berilah 5-10% dari gaji anda. Ia akan membawa perubahan yang besar kepada hidup anda.

Insuran
Ambillah perlindungan, takaful pendidikan dan sebagainya yang anda mampu. Ia membawa nilai yang besar jika anda terdesak. Jika sesuatu berlaku, waris punya wang. Tabunglah sekarang. 

CCRIS dan CTOS
Jika boleh, pergilah ke bank negara dan dapatkan penyata kewangan terkini anda. Kalau tertera 5 ke 6 ke bermakna hutang anda, lepas 5 atau 6 bulan baru bayar. Tapi kalau tertera 0 bermakna anda bayar setiap bulan. Takdelah nanti nak beli rumah ke, nak buat loan ape ke, tetiba marah sebab nama disenaraihitamkan walhal salah sendiri.

Pembangunan ummah
Jika anda ada simpanan contohnya 1juta. Berikan sedikit kepada pembangunan ummah seperti wasiatkan 30% dan selebihnya untuk keluarga dan anak2. Ajarkan dan berilah ilmu kepada keluarga tentang pengurusan kewangan. Agar bila kita bagi 700k pun cukup, 1k pun cukup. Kalau tak diberikan ilmu, belum tentu kita bagi 1 billion pun memadai untuk mereka. 

Terlewat
Jika sudah lanjut usia, anda harus meneliti simpanan anda. Berapa jumlah simpanan anda sekarang? Contoh 30k. Berapa perbelanjaan anda sebulan? Contoh 3k. Jadi tanpa pendapatan atau sumber kewangan, anda dapat bertahan selama 10 bulan sahaja menggunakan simpanan yang ada. Jika kiraan anda kurang dari satu, contohnya simpanan ada RM300 sahaja. Perbelanjaan sebulan adalah 1k. Bermakna kiraan tabungan anda adalah 0.3. Dalam erti kata lain simpanan ini bertahan selama 9 hari sahaja. Ini bermakna anda tergolong dalam kewangan ICU. Kurangkan perbelanjaan, banyakkan simpanan, jangan terikut2 dengan orang.


Sumber:-
Fikrah TV1 | Kalau Aku Kaya
Hajah Rohani | Perunding Kewangan Islam

Berubahlah sekarang! Sebaiknya pergilah seminar kewangan Islam atau dapatkan mentor dalam menguruskan kewangan anda. Carilah bahan bacaan yang meningkatkan ilmu pengetahuan anda. Boleh dapatkan buku perunding kewangan ini di kedai buku berhampiran.

Buku:
Cukupkah Wang Anda?
Bijak Mengurus Wang
Ke Mana Wang Anda?: Anda tidak Pernah Cukup Wang? Barangkali Anda Perlu Pertimbangkan Soal 'Berkat'

#Ada ayat yang mel tambah sendiri mengikut pemahaman mel, agar pembaca lebih memahami tapi tidak menyimpang dari info sebenar yang disampaikan oleh hajjah. wallahua'lam

Kerabu Daging dengan Mangga Muda

$
0
0

Assalamualaikum. Sejak balik dari semenanjung ni, cuaca sangat panas. Agaknya rakan2 juga alami masalah yang sama. Melambung tak bil elektrik tu? Rumah mel memang on 24 jam. Oleh kerana bil elektrik tak perlu dikisahkan, maka malam2 memang laju je kipas..Tapi 1-2 hari lepas tetiba jam 1 pagi mati pula api. Kepanasan, angkat bantal selimut tido tingkat bawah sampai pagi..uhuu

Menu ulangan. Menu wajib kalau ada mangga muda. Kebetulan baru bawa balik daging batang pinang dari semenanjung, jadi laju la membuatnya. Tapi tak cukup bahan, daun ketumbar takde. Minggu ni baru nak membeli belah barang dapur. Yang sukakan daging dan juga mangga, resepi ni harus dicuba.

Kerabu Daging dengan Mangga Muda
Resipi : Mel

Bahan:
350gm daging batang pinang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap

Cara:
Perap daging dgn kesemua bahan selama 1/2 - 1 jam.
Bakar /gril hingga masak (boleh juga dimasak atas frying pan), tp jgn terlalu kering.
Hiris daging nipis2 dgn kaedah melawan urat supaya daging tidak liat.
Ketepikan.

Bahan lain:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis ~ diambil airnya
Sedikit kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar - mel tambah
daun pudina ~ dicarik2kan - mel xletak
daun ketumbar ~ dihiris

Cara:-
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
2. Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
3. Perapkan seketika baru lah dihidangkan.

Bingka Labu Lemak Manis

$
0
0

Assalamualaikum. Selama ni kami bercucuk tanam belakang rumah sahaja. Tapi memang perasan ada pokok labu menjalar depan rumah. Tak pernah tabur benih, ia hidup sendiri. Daunnya kejap layu, mati dan hidup balik. Memang tak besar atau merimbun pun. Menjalar sikit saja. Tiap2 hari juga perhati, tapi tak ambil peduli sangat. Baru2 ni balik dari semenanjung, tetiba ada sebiji labu dah besar ha. Allah..memang sangat tak perasan bila labu sebesar ini tumbuh depan rumah..Suami isteri terkejut. Buahnya terselindung di balik daunnya yang besar. Bila daunnya layu, baru nampak buahnya. uhuu

Semalam hubby ambil, rasa seronok tetiba dapat labu lagi. Tapi ralat juga hati ni. Yela buat tak peduli kat pokok ni, rupanya ada hasilnya. Harus perbaiki sikap! Hargai setiap benda walaupun nampak asyik nak mati, rupanya kuat pokok ni. Alhamdulillah petang semalam buat bingka. Buat 1/2 adunan saja. Tak habis menyambung buat sarapan pagi ni. Mel buat tak garing , jadi warna kuning2 gitu je. Tapi sedap hokeyyy..

Ayah mel kata, pokok labu jenis kental. Mudah hidup. Tak macam tembikai, penuh cabaran. Pokok tembikai kami tanam hidup tapi kena makan ulat terus mati. Sabar jela. Biji labu ni tanam balik belakang rumah. Recycle..Nanti berbuah, tanam lagi. Memang tak berpenghujung. Tanah yang subur. Syukur ^^


Bingka Labu Lemak Manis
sumber : K.Nor

Bahan2:-

2 biji telur
2 cwn santan
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

Cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata. - mel blend saja dan tapis
4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.

Viewing all 226 articles
Browse latest View live