Quantcast
Channel: Melinblossom
Viewing all 226 articles
Browse latest View live

Cucur Kelapa Manis

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. Nak melompat rasanya bila tiba hari Jumaat dah. Dapatlah berehat2 di hujung minggu bersama keluarga tersayang. Awal2 tahun ni hubby sangatlahhh busy dengan urusan kemaskini budget. Lewat pagi baru balik. Tiap kali nak g kerja, selalu pesan agar mulakan dengan bismillah, baca doa dan niat kerana Allah. Bukan apa supaya dia tak risau tinggal isteri sorang2. Bila niat kerana Allah, kita doa sekali agar dijaga ahli keluarga yang ditinggalkan di rumah. Terpelihara dari segala bahaya baik dari dalam mahupun luar rumah.


Sarapan apa pagi ni? Kalau takde idea boleh cuba cucur ni. Punyalah lamaaa tak buat. Dulu kecil2 memang inilah sarapan pergi sekolah. Alhamdulillah masuk saja mulut keluar ayat 'ini sangatlah sedap'. Ngap..ngap..ngapp..habis sepinggan.  Mel gandingkan dengan sambal sardin ikan bilis. Sambal sardin ni lebihan semalam punya, masak balik dan letak ikan bilis. Resepi akan menyusul kemudian. Memang lain rasanya, lagi sedappp.. Adunan mel main agak2 je, mel lebihkan kelapa dan kurangkan gula. Syukur alhamdulillah, satu lagi resepi kegemaran hubby

Cucur Kelapa Manis
Resepi: melinblossom

Bahan-bahan:
1 cawan kelapa parut
1 cawa tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 sk bp
Sedikit garam
Air secukupnya - air sejuk peti ais

Cara:- 
1. Campur semua bahan dalam mangkuk. Sebatikan. Biarkan selama 10-15 minit. 
2. Panaskan minyak gorengan. Sudukan dalam minyak. Goreng keemasan
3. Angkat dan tapis.
4. Hidang



Terubuk Masin Goreng

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hari ni menu tambahan ikan terubuk masin. Goreng saja, letak bawang dan cili siap. Menu begini pencetus tunas rasa orang kata. Menambah selera si pemakan. Tapi kesabaran haruslah tinggi dalam melayan ikan ni.. uhuu. Goreng garing2, siap untuk dihidang. Sisiknya juga boleh dimakan. Alhamdulillah

Esok hari kelahiran juga hari pemergian insan yang kita kasihi, Nabi Muhammad s.a.w. Sebaik2nya bukan hari esok saja kita memperingati Baginda tetapi setiap hari. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Jadi untuk kenal Nabi, kita harus cari ilmu. Beli buku, pergi ceramah, tonton dokumentari tentang Baginda dan sebagainya. Yang ada anak2 tu, amalkan untuk bercerita tentang kisah Baginda juga para sahabat. InsyaAllah akan timbul rasa kasih dan sayang yang mendalam terhadap Baginda.

Dengar seorang ustaz kata hari tu, tidak mengapa kita sambut Hari Maulidur Rasul. Kita ni tak pernah jumpa Nabi. Majlis2 berselawat perlu supaya kita ingat pada Nabi dan supaya kita tak jauh dengan Nabi. Di akhirat nanti, kita akan bersama dengan orang yang kita kasihi. Jadi kalau kita nak dapat syafaat Nabi, banyak2lah ingat Baginda dan berselawat.

Rasulullahs s.a.w. bersabda:-
" Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"
 ( Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban )  

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Ahzab :: 56-
" Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para MalaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya"

Minggu lepas, dalam ranc. Assalamualaikum ada satu soalan diajukan. Allah s.w.t. suruh kita puasa, suruh kita solat tapi Allah s.w.t. tak buat semua tu. Tapi ada satu perkara dalam dunia ini, yang Allah s.w.t. suruh kita buat, dan Allah s.w.t. juga buat. Iaitu berselawat. Jadi ajar anak2 dan keluarga tentang kelebihan selawat.

Apapun, mel nak minta maaf atas semua yang pernah mel buat selama ada blog ini. Tiada niat untuk membangga atas apa jua yang ditonjolkan dalam blog ni. InsyaAllah akan diperiksa setiap entri selama ada blog ini supaya tidak ada mana2 pihak yang tersinggung. Audit diri. Sungguh atas niat untuk dapatkan saham pahala untuk ke alam sana. Jadi maaf sangat2 ya atas segala baik buruk dari diri mel.

Salam Maulidur Rasul

Rendang Tok

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.Gigil-gigil taip entri ni. Hujan sangat lebat di luar ni. Sejuk ya ampunn...Dua lapis sweater dah pakai, tetap rasa kesejukan.. Sejak Ahad hujan setiap hari turun tak berhenti. 24 jam. Walau apapun syukur alhamdulillah. Bila hujan dapat la tidur dengan lena hingga ke pagi. ^^

Minggu depan nak balik. Doa kami agar dipermudahkan segalanya. Bukan apa, hujan dengan kapal terbang dia tak ngam. Tak mau kawan2. Isu delay, isu banjir, isu sejuk..macam2 lagi..hihii


Moh kita layan hidangan. Maaflah resepi mel tak rajin nak taip balik. Rendang tok ambil dari buku chef hanieliza dan Serunding Daging, guna resepi ulangan dulu...Buat kelmarin, makan dengan lemang segera. Sedap juga melayan lemang dan kawan2nya time hujan2 ni..Alhamdulillah

Sambal Sardin Sedap

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi terjumpa banyak link2 yang bermanfaat untuk jadi insan yang baik. Belajar untuk sentiasa audit diri. Maaf sangat2, bukan nak tunjuk baik, tapi sentiasa nak muhasabah diri. Nauzubillah, minta jauh la dari perkara2 riak ni. Bukan apa, bila bagi nasihat kat orang lain, mel pun ingatkan diri juga. Mahu jadi lebih baik dari semalam! Teruja sangat bila jumpa banyak bahan bacaan yang menarik pengisiannya.

Bercakap tentang link, silalah lanjutkan pembacaan anda dengan membaca web ini. Sebagai contoh tentang isu Solat ini. Juga boleh like fb mereka. Yang ada link2 yang bagus, bolehlah share dengan mel ya.


Tentang resepi pula,sambal sardin ni buat malam semalam. Rasa macam tiap2 minggu buat sambal sardin bulan ni. Apa boleh buat, hubby dah suka sebab sedap kan. Makan berdua, jadi buat setin kecil. Itupun bertambah nasi makan. Mel olah banyak juga dari resepi asal. Boleh la nak try mana2 yang berkenan ye. Syukur alhamdulillah.

Sambal Sardin Sedap
Sumber: mykuali

Diolah: mel

Bahan-bahannya:

1 tin sardin - kecil 
*1/2 biji bawang besar-  dihiris kasar 
*1 biji cili padi dihiris halus
*1 batang serai - titik
*5 bj cili padi - ketuk 
1 sudu besar bahan kisar ( cili kering+bawang putih+bawang merah) - memang ada stok 
1 sb kicap manis
2 biji belimbing buluh - hiris serong 
1/2 bj limau kasturi - ambil jus
sedikit air
secubit garam
sedikit minyak untuk menumis dan menggoreng ikan sardin
Bebrapa titik minyak bijan

Cara-caranya
1. Keluarkan ikan sardin di dalam tin dan asingkan ikan dan kuahnya, kemudian ikan di belah dua dan buangkan tulang di dalam ikan itu.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan sardin tu sebentar, kuantiti minyak jangan banyak sangat ya, agak-agaklah sebab minyak menggoreng ikan sardin ini akan digunakan semula untuk menumis bahan sambalnya nanti.
3 Goreng ikan sardin sebentar, pastikan api jangan terlalu besar, api sederhana, balik-balikkan ikan dan bila nampak ikan agak garing sedikit permukaanye angkat dan ketepikan.
4. Di dalam kuali yang sama dan minyak yang sama, tumiskan bahan bertanda (*) hingga layu.

5. Masukkan bahan kisar, kciap dan minyak bijan. Tumis hingga naik bau dan masukkan kuah sardin tadi, masukkan juga sedikit air.
6. Biarkan agak mereneh baru masukkan ikan sardin dan perahan limau kasturi. Kacau rata.
7. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
8. Setelah hampir pekat, masukkan belimbing buluh. Biar seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. 


Selamat Mencuba.

Handmade | Make Up Bag

$
0
0

Assalamualaikum. Tengok di fb, Bintulu banjir lagi..Harap2 redalah hujan malam ni, surutlah banjir esok..Hubby dah siap suh buat plan B, apa nak buat kalau jalan ke airport banjir..xkan tak dapat balik. uhuu.

Ya Allah mudahkanlah..mudahkanlah urusan kami. amin
Jika diberi dugaan, sabarkan kami. amin

Alhamdulillah masa yang ada isi dengan menjahit lagi. Kain bunga ni lebihan buat baju hari tu. Dan yang heavy cotton warna oren ni beli lamaaa dah. Tahun 2012. Ini la beg paling senang buat. Gunting ikut saiz yang diingini, jahit sini, jahit sana, dah siap. Tak sampai setengah jam pun.

Beg agak kecil untuk diletakkan dalam handbag. Untuk kemudahan alat make up lepas solat. Walaupun jarang guna make up, tapi kalau kecemasan seperti nak lihat cermin ke, ia sangat membantu. Syukur alhamdulillah.


Wordless Wednesday: Sate Ikan

$
0
0


Lokasi: Kuala Berang

Mel: Serius? Jual sate? Macamana? Arang? Atas motor?
Hubby: Iye. Lama dah tak makan.

Beli. RM2 dapat 8 cucuk.

Hubby: urmm..Rasanya sama macam 10 tahun lepas
Mel: Uniknya! Terujaaaaa macam kanak2 dapat belon ( Orang yang 1st time jumpa dan makan. hihi)

Majlis Perkahwinan Adik Ipar

$
0
0

"Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."

~ Surah Ar-Rum: ayat 21


Assalamualaikum.Alhamdulillah syukur kerana adik ipar selamat diijabkabulkan. Perkahwinan yang dijodohkan oleh keluarga, moga kekal ke syurga. Alhamdulillah kahwin dengna orang dekat, K.Tganu saja. Banyak lagi gambar lain tapi internet kurang laju, jadi ini saja yang mampu diupload dengan tahap kesabaran yang ada. uhuu

Sedikit tips. Selagi mana suami dan isteri berpegang pada agama, melebihkan Allah dan Rasul dalam segala hal, insyaAllah kekal aman rumahtangga. Andai ada badai, insyaAllah boleh dihadapi dengan sabar. Rumahtangga yang perlu adalah tolak ansur. Tak kiralah siapa pun, dalam hal apapun,  yang penting sorang kena tolak dan sorang lagi kena ansur. Jangan dua2 tolak atau dua2 ansur. Haru biru rumahtangga. Awal2 kahwin kena ajar diri dan pasangan perkara yang tidak disukai mahupun yang disukai. Bagi nasihat elok2 atas segala kelemahan agar berubah untuk kebaikan. Jangan dah lepas 20 tahun kahwin, baru nak tegur suruh berubah. Masa tu, umpama mencurah air ke daun keladi saja.

Kami pun berterusan belajar alam rumahtangga hingga akhir hayat. Alhamdulillah kerana dikurniakan pasangan dan keluarga mertua yang sangattttt baik. Semoga yang diluar sana pun, mel doakan dapat pasangan dan keluarga yang baik.

Untuk zul dan zeha, tahniah diucapkan. Selamat menempuh alam perkahwinan yang sangat seronok ni.

Ayam BBQ

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Resepi ayam ni minta masa program bbq itu hari. Masa tu makan dengan sos lada hitam, kali ni buat sendiri cicah budu (boleh gitu? ^^). Makan air tangan orang pun sedap, buat sendiri pun sedaplah sangat. Alhamdulillah. Pasni insyaAllah kalau buat nasi ayam boleh guna resepi ayam ni lagi.

Tuan punya resepi cakap sampai menjilat jari, memang tak dinafikanlah. ehehe.
Ini resepi memang sangatlah disyorkan untuk diulang buat! Kalau nak buat, pastikan buat lebih sebab tak cukup. Sedap diratah. Selamat mencuba


Ayam BBQ
Resepi: myr

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
2 kg ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula - mel gantikan dengan madu

Cara-cara

1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.


*Masa bakar, mel sapukan juga madu di sekitar ayam.


Pecal Jawa

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Itu hari makan pecal di Bangi. Tapi isinya semua sayuran. Tidaklah menjadi satu kesalahan kerana lain tangan yang buat, lainlah hasilnya. Macam di kg yang biasa makan letak sayuran, nasi impit dan kuah lodeh. Masa beli tengok plastik sikit sangat tapi bila makan rasa kenyang walaupun sayuran semata. Dia punya kuah sangatlahhh sedap.. Memang kalau ada jual depan rumah, mau tiap2 hari beli. Puas hati!

Jadi sekarang teringin lagi...
Semalam kenen2 hubby suh ambil cekur.Tak tau nak buat apa dengan cekur yang banyak di rumah ni. Biasa letak dalam nasi goreng atau masak lemak saja. Sebab tu membesar dengan jayanya sebab takde guna sangat..uhuu. Kali pertama ni buat letak cekur, biasanya tak letak pun. ada kelainan bau dan rasa. Sedap. Alhamdulillah lepas rasa teringin nak makan tuu...


Pecal ni memang tak cukup bahan. Letak pucuk ubi, nasi impit dan timun je. Teringin punya pasal kan. Satu lagi resepinya diringkaskan untuk lebih faham. Boleh rujuk link la ye untuk resepi asal. Kalau tak boleh buka tu, maknanya tak join group tu..uhuu

Kuah Pecal Jawa
Resepi: FB 

Bahan-bahan:-
1/2 kg kacang tanah - di goreng. Blend kering
*8 bj cili merah 
*8 bj cili padi merah
*8 bj cili kering
*8 bj bawang merah - mayang
*8 ulas bawang putih - mayang
Sekepal asam jawa - buang biji
1 ketul gula merah - dipotong2.
2 bj cekur
3 ibu jari belacan - bakar
Daun limau purut - buang tulang
Air panas secukupnya 

Cara:-
1. Goreng bahan bertanda (*). Mel tak mayang bawang, goreng sebiji2 dengan  semua bahan.
2. Asam jawa digoreng sampai wangi. Angkat. Masukkan sedikit air dan perahkan airnya asam jawa.
3. Blend bahan yang digoreng bersama air asam jawa , gula merah,  belacan, cekur, daun limau purut dan air panas.
4. Campur dengan kacang tanah.
5. Perasakan dengan garam, gula. Manis, masam dan masinnya. Mel tak letak garam.
6.Boleh simpan,letak kt freezer,nak makan bubuh air panas .

Sayur2nya - timun, kacang panjang, kangkung, bayam, peria dan lain2 direbus sekejap


*Blog mel ni tak tahu apa masalah. Gambar entri semua besar, tapi bila publish dia tak mau jadi besar walau dah click 'Original Size' dah. Sabar jela. uhu *

Popia Goreng Bercili

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Kita selalu diperdengarkan bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. Mengenai kejadian keluarga Msia di Sweden yang berkaitan dengan solat tu, kalau difikirkan dari sudut positif, ia satu perkara yang baik. Allahuakbar, ia mungkin menjadi asbab untuk ibubapa lain yang selama ini lalai tentang tanggungjawab solat. Ia juga boleh menjadi asbab perubahan undang2 berkaitan keluarga Islam yang menetap di luar negara. Juga menjadi asbab kepada keluarga itu sendiri untuk menjadi insan lebih baik atas dugaan ni.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya; 
Bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Kita pula bagaimana? Takkan nak tunggu Allah timpakan dugaan sebegini baru nak tegur anak2, keluarga dan baru nak baiki diri? Bantulah kami Ya Allah untuk jadi insan yang lebih baik.


Alhamdulillah menu sarapan tadi pagi. Untuk resepi inti popia boleh lihat DI SINI. Sosnya pula amatlah mudah nak buat. Memandangkan cili kisar tumis ada lebihan masa masak nasi lemak beberapa hari lepas, jadi sos popia ni tak makan banyak masa untuk dibuat. Alhamdulillah sedap dan hubby suka. Juga salah satu langkah penjimatan duit dan menjaga kebersihan makanan yang dimakan.

Cili kisar Tumis
Resepi:  mel

Bahan:-
*5 bj bawang kecil
*1/2 bj bawang besar
*5 ulas bawang putih 
*1 in halia (*kisar bersama)
- 10 bj cili kering
- 1 in kunyit hidup (-kisar bersama)
Garam
Minyak, Air

Kaedah:-
1. Tumis bahan kisar (*) hingga layu kekuningan. 
2. Masukkan bahan kisar (-). Kacau dan biar seketika.
3. Masukkan air dan garam. Kacau
4. Masak cili hingga pekat dalam api yang perlahan. (Mel masak 1 jam sampai kering). 
5. Setelah kering, angkat dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam bekas simpanan. Simpan dalam peti ais. Boleh digunakan untuk sebarang tumisan.

================================

Sos Popia Goreng Bercili 
Resepi:  mel 

Bahan:-
1 sb cili kisar tumis
1 sb sos cili
Sedikit gula
Minyak

Kaedah:-
1. Panaskan minyak sedikit. Masukkan cili kisar tumis. 
2. Masukkan sos cili dan gula.
3. Sesuaikan rasa manis dan pedas. Matikan api
4. Masukkan popia yang telah digoreng garing. Gaul rata sos dan popia.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Nigella's Chocolate Chips Muffin

$
0
0
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. InsyaAllah muffin adalah resepi paling mudah buat. Timbang2, kacau2, masuk paper cup, bakar, dah siap! Resepi ni ramai dah mencubanya. Masa buat tu janganlah kurangkan chocolate chip tu, letak banyak2, memang sedap! Lagi2 makan masa panas2...
ngapp..ngapp..ngappp..habis..

Selamat mencuba ^^


NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
source : K.Nor
*makes 12-14 muffins

Ingredients:
250g plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
2 tbsp good quality cocoa powder
170g caster sugar 
150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling, i use twist white choc and chocolate chips)
200ml milk
80ml vegetable oil
1 large egg
1 tsp pure vanilla extract

Method:
1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).
2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.
3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.
4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not over mix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.
5. Spoon the batter into paper muffin cases.
6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.

Nasi Goreng Ikan

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hidangan nasi goreng lagiiii. Tapi tetap menjadi pujaan hati. Kena latih diri dan keluarga bersyukur atas apa jua hidangan di depan mata. Kalau dah berbuih mulut nasihatkan keluarga/orang terdekat tentang erti syukur tapi tetap tak mau dengar, berceritalah tentang Kem Pelarian Yarmouk atau tonton rancangan Al Khawater. InsyaAllah terbukalah pintu hati. >_<

Nasi goreng ni sangat mudah membuatnya. Kalau ada lebihan nasi atau ikan goreng memang sesuailah. Tidaklah membazir makanan. Alhamdulillah


Nasi Goreng Ikan
Resepi: mel

Bahan:-
2 cawan nasi putih
* 7 bj cili padi
* 2 bj bawang merah
* 2 ulas bawang putih (*tumbuk)
1 bj telur
2 ekor ikan selayang-  goreng dan ambil isi sahaja
Carrot - dadu kecil
Daun bawang

Cara:-
1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan telur. Biarkan sebentar dan kacau
3. Masukkan nasi, carrot dan ikan. Kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam. 
5. Tabur daun bawang sebelum hidang. Hidang bersama keropok ikan dan timun

Daging Goreng Selasih

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Dulu ada pokok selasih, besar tapi tak panjang hayatnya. Pastu tanam lagi dan hidup dengan jayanya. Kali ni siap ada bunga berwarna purple. Tanam dalam polybag sahaja. Ada dua pokok, sama2 membesar. Tanam tepi longkang berteman dengan pokok kesum belakangnya, jauh sikit dari pancaran mentari. Itu hari bawa balik semenanjung juga. Harapnya dapatlah hidup. Nak tanamnya senang, sama seperti kesum. Cucuk batangnya saja dah hidup. Tapi tak boleh kena panas, cepat mati. Bila dah banyak ni, semua masakan pun nak letak..hihi


Daging ni sama macam daging goreng kunyit. Cuma letak selasih. Dengan kehadiran selasih, rasa dan baunya jadi lain. Aku suka. Sedap dan boleh diulang buat. Kebetulan ada sup sayur tengahari punya, jadi tidaklah rasa kering masa makan dengan nasi. Alhamdulillah

Daging Goreng Selasih
Resepi: mel

Bahan:-
200g daging - hiris nipis
*1 in halia - cincang
*Serbuk kunyit, garam (*Perap)
1/2 bj bawang besar - mayang
1 bj cili merah - hiris
5 bj cili padi - ketuk
Mix vege - carrot, jagung mini, kubis bunga
1 sk lada hitam 
1 tangkai daun selasih - tak perlu lurut daun

Cara:
1. Basuh daging bersih. Lumur dengan halia, garam dan serbuk kunyit. Perap. ( Mel sediakan tengahari, perap sampai maghrib untuk dimasak hidangan makan malam).
2. Panaskan sedikit minyak. Goreng daging sebentar hingga sedikit garing. 
3. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi. Kacau. Biar bawang dan cili layu.
4. Masukkan mix vege dan selasih. Kacau. 
5. Setelah vege. layu, masukkan lada hitam. Perasakan dengan  garam jika perlu.
6. Hidang dengan nasi panas.

Cempedak Goreng Lagi

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Minum petang apa hari ini? Alhamdulillah tidak terasa kemarau di sini sebab kadang2 hujan lebat di waktu malam. Siangnya pula redup2 saja.

Agak sukar untuk mendapatkan cempedak di sini. Kebetulan baru2 ni pergi pasar tamu, ramailah pula yang jual. Musim barangkali. Lagipun lalu lalang nak beli pisang tanduk, tak tahan godaan bau cempedak ni.. Haruslah beli. Bancuhan tepung, mel guna sama macam resepi lama. Cuma tak letak telur. Sebab mel dah cuba kedua2nya, kami lagi suka kalau tak letak telur.. Alhamdulillah


Dan macam biasa kalau beli cempedak, lebihan kulit dalamnya buat mandai. Jadi kulit luar dan batang tengahnya saja dibuang. Itupun kalau korang rajin lebihan kulit buah2 ni boleh buat kompos. Letak pada tanaman, insyaAllah jadi baja organik. Alhamdulillah.

Batter Pisang Goreng

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 biji telur - size kecil - mel tak letak
1 sk gula
1/4 sudu kecil air kapur - jgn terlebih nanti pahit
serbuk kunyit @ pewarna kuning
1 cawan air
garam
keledek atau pisang atau pilihan yang disukai

Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali keledek@pisang ke dalam blender. Blend lebih kurang 2 minit sehingga semua sebati.
Tuang ke dalam mangkuk. Sementara itu panaskan minyak.
Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan adunan tepung ke dalam kuali. Bila berdesir maknanya sudah cukup panas.
Celupkan keledek@pisang ke dalam adunan. Goreng hingga keperangan.
Angkat dan toskan. Sedia dihidang.

Bubur Jagung

$
0
0
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikmu dan selamat petang. Alhamdulillah minggu lepas ada tetamu dari jauh yang memberi jagung. Bawa dari kampung katanya. Seplastik tapi agak banyak untuk dihabiskan 2 orang. Kebetulan jagung yang bawa dari Kuala Berang pun masih ada. Memang macam2 hidangan berasaskan jagung dicuba. Tapi masih berbaki 3 batang dalam esbok tu. Sedang mencari resepi lain pula nanti.

Alhamdulillah bubur ni buat kelmarin. Resepi ambil di group memasak fb. Sedap. Hubby pun bertambah makannya. InsyaAllah buat lagi nanti. Manis lemak2 berkrim gitu


Bubur Jagung
Resepi:  FB

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
* 5-6 sudu besar gula (ikut manis)
* 1 mangkuk kecil santan pekat
* 1- 1 1/2 mangkuk kecil air
* 2 helai daun pandan disimpul
* 1/4sudu teh garam (optional)
* segenggam sagu dibilas dan toskan (optional)
tambah gula melaka - mel letak 1 sb

Cara-cara

1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)
2. Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak.
3. Bubur ni berwarna putih. Bagi mereka yg suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket. Nampak menarik sikit.


Air Soya

$
0
0
Assalamualaikum. Dulu agak suka untuk menyimpan stok air kotak di rumah. Tapi sejak akhir2 ni, kurang gemar sudah membelinya. Tidak mahu bergantung semata dengan air kotak bila mahu minum air manis. Jadi kena rajinkan diri untuk buat sendiri dan kawal sendiri jumlah gula yang dimasukkan. Kalau malas, minum air kosong saja.. uhuu

Agak mudah untuk membuat air soya sendiri. Cuma sabar kena lebih. Nak tunggu, nak perah lagi.. Tapi bila masuk mulut memang nikmat. Alhamdulillah sedap! Oleh kerana cuaca tengah panas, haruslah sedap dihidang sejuk. Yang tak suka minuman sejuk, boleh dihidang suam2.

Air Soya
Resepi: myr

Bahan-bahan ( 2 jag )

1 cawan kacang soya
2 jug air
5 helai daun pandan- dibelah dan disimpul
Gula secukup rasa dan 1/2 sudu teh garam
Blender dan penapis teh (kain)


Cara:
1. Basuh dan rendam kacang soya 4,5 jam @ hingga kembang.
2. Kisar 2 senduk kacang bersama bersama 4 cawan air hingga halus. Buat hingga habis.
3. Tapis bahan kisar dengan penapis santan. Kumpulkan hampas yang masih basah dalam mangkuk besar. Buat hingga habis.
4. Tapis air soya sekali lagi menggunakn penapis teh untuk mengasingkn serdak halus.
*(Buat tauhu lembut ambil air soya yg ini)*
5. Campurkan 1/2 jag air lagi ke dalam hampas soya, ulang proses penapisan dua kali. Buatlah hingga hampas soya tidak mengeluarkan jus putih.
6. Masukkan air soya dalam periuk bersama daun pandan dan garam. Masak sambil dikacau hingga mndidih.Awas... ia mudah pecah soya.. Biar mendidih dalam beberapa minit lalu tutup api
7. Boleh campur sekali gula semasa memasak tadi atau boleh juga diletak kemudian,
*(Buat puding karamel ambil dari bahagian ini)*

Perkedel Jagung

$
0
0

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi2 ni tayang resepi perkedel jagung. Macam2 nama ada kalau google, perkedel, bergedil atau ada juga yang tulis begedil. Tak tahu mana satu betul dan tak tahu mana satu salah. Jadi mel ikut buku resepi saja. hihiii

Walaupun agak remeh membuatnya, tapi sangatlahhh sedap! Kalau nak buat memang kena buat banyak sikit. Sedap dimakan panas mahupun setelah sejuk. Mel guna jagung segar dan tambah gula sikit. Sekarang dah jadi menu kegemaran untuk sarapan atau minum petang. Alhamdulillah

Sweetcorn Fritters (Perkedel Jagung)
Resepi: Buku - Chinese

Ingredients (Makes 20):
2 fresh corn on the cob/350g can sweetcorn kernels
*2 macadamia nuts / 2 almonds
*1 garlic clove
*1 onion
*1 cm lengkuas
*1tsp ground coriander (*Grind)
2-3 tbsp oil
3 eggs - beaten
2tbsp desiccated coconut
2 spring onion - finely shredded 
A few celery leaves - finely shredded (optional) - mel ganti daun sup
Salt
4tbsp sugar - mel tambah

Method:
1. Cook the corn on the cob in boiling water for 7-8 minutes. *Do not add salt to water, because this toughens the outer husk*. Drain, cool slightly and using sharp knife, strip the kernels from the cob. If using canned sweetcorn, drain well.
2.  Heat a little oil and fry the paste (*) until it gives off a spicy aroma.
3. Add the fried spices to the beaten eggs with the coconut, spring onions and celery leaves. Add salt to taste with the corn kernels.
4. Heat the remaining oil in shallow frying pan. Drop large spoonfuls of batter into the pan and cook for 2-3 minutes until golden brown and crispy. Only cook three or four fritters at a time.


Kerang Berapi

$
0
0
Assalamualaikum. Entri lewat petang. Mel ni bukan tak makan kerang, tapi lama dah tak makan. Jadi bila ada depan mata, tak berapa menjadi pilihan untuk dimakan. Itu hari hubby teringin makan tapi tak tahu nak masak apa. Pernah masak sambal tapi kerangnya tak segar jadi rasanya faham2 sajalah.

Alhamdulillah, hidangan ini sangatlah sedap. Mula2 rasa dulu, lepas tu memang meratah lah saja. Tapi memang pedas berapi! Makin pedas, makin nak lagi. Kalau tak letak daun sup dan daun kunyit, hubby tak berapa gemar. Rasanya agak biasa tapi bila letak daun sup dan daun kunyit, ia menjadi hidangan yang disukainya. InsyaAllah akan buat lagi

Oh ya, resepi ni kombinasi dua resepi. Satu di blog dan satu di group masakan FB. Terima kasih pada kedua2nya!

Kerang Berapi

Bahan-bahan :-
1 kg kerang
*1 cm halia
*4 ulas bawang putih
 
*1 ulas bawang merah kecil
*10 tangkai cili api
*1 in kunyit hidup (*tumbuk)
1 batang serai - titik 
5 sudu makan sos tiram
3 helai daun saderi dan daun sup - mel letak daun sup sahaja
1 helai daun kunyit - hiris nipis
sesudu minyak makan


Cara-cara :-
1. Kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih. Rebus skit kerang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk(*) serta serai hingga garing.

3. Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun sup, daun kunyit dan saderi.

Kelas Memasak

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah semalam dapat belajar sedikit teknik2 memasak dan 4 resepi dari chef ni. Kelas ni anjuran company, jadi free saja. Terbuka untuk para isteri staf dan executive sahaja. Buatnya pun di kawasan parking, jiran depan rumah mel ni saja. Info disebarluas hari Isnin dan hari Rabu kelasnya. Macam bidan terjun juga. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Dalam jam 5 petang bermula demonstrasi, lepas maghrib semua sudah menjamu selera.

Sedikit info mengenai chef ini. Kalau sekali pandang, macam rupa bangsa cina gitu. Tapi bukan ye, bangsa Melayu. Dan dia bukan sembarangan chef. Berjawatan GM di company hubby, juga sudah naik 'haji'. Masa demonstrasi mudah nak faham dan chef memang friendly. Boleh layari fan page dia untuk maklumat lanjut --> Facebook

Ketam masak cili ni memang menjadi rebutan ramai. Sangatlah sedap. Siap tambah lagi u. Sayur park choy ni pun sedap. Semua sedaplah!

Hidangan ketiga adalah ayam masak merah (ayam masak sultana). Hidangan yang sesuai untuk kenduri kendara mahupun dijamu pada tetamu saat lebaran. Seterusnya kari kepala ikan. Memang tidak menggunakan santan langsung. Memang kami meratah saja. Resepi insyaAllah menyusul kemudian.

Syukur alhamdulillah di samping makan free, dapat belajar ilmu masakan juga rapatkan silaturrahim. Tapi yang penting sesuatu yang mel belajar ialah, kalau kita sukakan sesuatu tu, teruskan usaha mencapainya. Macam chef ni, walau dah jadi GM tapi keghairahan dia terhadap bidang masakan, membolehkan dia menjadi hebat dalam kedua2 bidang engineering dan masakan.

Mulai sekarang, jangan malas2 lagi! hihi

Short Trip ke Bangi

$
0
0
Assalamualaikum. Sabtu lepas kami berdua terbang ke Bangi dan pulang ke Bintulu keesokan harinya, hari Ahad. Pergi atas urusan peribadi yang sangat panjang kalau diterangkan..hihi. Juga alhamdulillah dapat bertemu 2 mata dengan bakal adik ipar (insyaAllah).

Oleh kerana tibanya di bangi agak petang, jadi kami hanya sempat shopping di Mines, mencari hotel di Bangi dan bersuai kenal masa dinner. Alhamdulillah lepas Maghrib, dapat juga tempat mengisi perut di Sungai Ramal Food Junction. Orang memang sangatlah ramai, tapi alhamdulillah nasib menyebelahi kami, sampai2 je ada tempat duduk.


Aku dan hubby memesan Burger Bakar Abang Burn, Mee Bandung dan Jus Epal. Adik aku memesan Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah, Limau Suam dan bakal adik ipar pesan burger dengan jus oren. Alhamdulillah semua licin. Mulanya nak memesan Satay Willy tapi barisan terlalu panjang. Terpaksa batalkan hasrat walau dapat review baik dari adik aku. Lain kali insyaAllah. Tang burger aku suka daging nya, cukup rasa. Mee bandung pula sangatlah sedap. Sama juga dengan nasi lemak kukus adik aku, semua memang sedap2 belaka. Tak cukup dengan tu, aku pesan pula otak2, memang sedap juga.

Esok paginya niat nak membeli keropok lekor untuk dibawa pulang ke Bintulu tapi gerai baru di'setup' seawal jam 8 pagi tu. Penerbangan jam 10 pagi, jadi terpaksa melupakan hasrat untuk membelinya. Kami tapau nasi kerabu, laksam dan juga sengkuang calit sebagai bekal dalam kereta ke KLIA. Sedap juga, RM2 sepotong.

Setibanya di KLIA, hujan renyai. Sengkuang calit sudah dihabiskan dalam kereta. Jumpa saja tempat duduk, kami berdua menjamu selera nasi kerabu yang dibungkus sebelum daftar masuk. Memang sudah lama tak makan nasi bungkus (hati gumbira). Laksam pula aku makan setibanya di Bintulu. Sedap juga ^^.


Alhamdulillah, walaupun pergi dua hari saja, dapat juga sedikit pengalaman baru dan mengeratkan silaturrahim. Penat masih terasa. Dapat merasai makanan yang sedap2. Ini kalau duduk di Bangi mau boleh gemuk. Mau makan kedai saja. Tq juga kepada Luq atas kemurahan hati bawa kami jalan2 dan belanja makan. InsyaAllah panjang umur kami datang lagi.

Oh ya, dalam kegembiraan kita sehari2, jangan lupa berdoa semoga pesawat MH370 ditemui dan semua penumpang serta anak kapal berada dalam sejahtera. Hentikan spekulasi mahupun menyebar info yang tidak benar. Jika tidak boleh membantu, jangan burukkan keadaan, berdiam diri lagi baik. Jagalah 'Lidah Moden" anda.- prayformh370 -
Viewing all 226 articles
Browse latest View live